Thursday, 15 December 2016

RENUNGAN DAN MHASABAH DIRI

Selamat pagi semua. *Renungan* dan *muhasabah diri*

*Patah Tumbuh hilang Berganti.*

Pada awal- awal saya mula terlibat dalam bisnes Toneexcel ini, ramai kawan kawan saya yang berjanji akan bersama berjuang, dan tidak akan putus asa selagi matlamat belum tercapai.

Tapi lama kelamaan kata- kata hanya tinggal kata kata. Seorang demi seorang gugur di medan juang.

Dibunuh oleh perasaan malas dan malu.
Dibunuh oleh alasan tidak ada masa dan tak tahu buat.
Ditikam oleh hasutan orang-orang negatif yang mengatakan bisnes ni bila nak kaya sebab untung sen sen.

Masa tu saya hanya mampu melihat mereka terkulai lemah tanpa Ilmu. Saya tak mampu buat apa apa dek kerana saya juga kurang ilmu.

Saya tidak salahkan mereka, manusia sentiasa punyai pilihan. Namun saya juga ada pilihan, pilihan saya untuk teruskan perjuangan ini sekali pun sesukar mana ranjau yang perlu saya harungi.

Orang cipta alasan, saya cari jalan. Saya mula perkasa diri saya dengan ilmu, kerana saya percaya dengan ilmu sahaja saya boleh berjaya dan bantu orang lain berjaya.

Ditolak? Dihina? Dimaki? Ditipu? Huh. Saya lalui semua itu berulang kali. Tapi saya tak pernah ada perasaan give up. Kerana saya tahu semua itu adalah latihan untuk saya jadi makin kuat. Setiap kegagalan saya jadikan motivasi untuk memperbetulkan tindakan saya. Mana ada kejayaan tanpa kegagalan kan?

Benar. Sabar itu indah.

Saya di anugerahkan ramai sahabat baru dan rakan niaga yang berkualiti, bersemangat dan positif. Ia adalah satu anugerah yang lebih bernilai dari wang ringgit.

Patah Tumbuh Hilang berganti kan?

Apa yang penting kawan-kawan dalam bisnes ni adalah *Fokus* dan *Konsisten* dengan target kita. Kalau kita target kaya nak banyak duit tapi x fokus dan konsisten, itu bukan target itu hanyalah angan-angan.

Cari lah satu target dan matlamat yang sangat kuat sehingga anda berkata '' Aku rela mati demi mencapainya "

No comments:

Post a Comment