*Kepentingan sistem pengangkutan kepada sesetengah organisma multi sel*
-Organisma hidup mendapat oksigen dan nutrien daripada alam sekitar dan mengeluarkan karbon dan lain-lain bahan buangan dari badan mereka.
-Resapan (diffusion) merupakan satu mekanisme pengangkutan utama untuk menggerakkan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari sel-sel.
-Saiz organisma mempengaruhi kadar penyerapan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari badan mereka.
-Paramecium mempunyai JLP/I (TSA/V) kira-kira 400, manakala manusia mempunyai nisbah JLP/I kira-kira 0.3.
-Bagi organisma kecil seperti paramecium atau cacing tanah (earthworm), nisbah JLP/I adalah cukup besar untuk peresapan bahan-bahan kepada kesemua bahagian badan.
-Bagi organisma multi sel bersaiz besar, nisbah JLP/I adalah kecil untuk bahan-bahan sampai ke semua bahagian badan.
-Sebagai organisma yang semakin membesar saiznya, sistem pengangkutan (transport system) adalah penting supaya bahan-bahan terlarut boleh bergerak dengan pantas kepada, dan dari semua bahagian badan. Melalui peresapan (diffusion) sahaja adalah tidak mencukupi untuk mengagihkan bahan-bahan seperti oksigen dan nutrien.
-Fungsi ini terbantu oleh sistem peredaran darah (circulatory system).
** JLP/I = Jumlah Luas Permukaan / Isipadu (TSA/V, Total Surface Area / Volume)
No comments:
Post a Comment