H E A R T STRONG🎯:
Apa dapat kalau kejar dunia?
Nak kaya punya pasal, sanggup langgar suruhan Allah. Lewatkan solat, ada yang tinggal solat, sanggup bangun pagi balik tengah malam untuk dapat gaji, tapi tak sanggup luang walau sebentar untuk tunai solat.
Persoalannya, bila dah dapat duit, adakah kebahgiaan akan hadir? Adakah masalah akan hilang?
Nak followers punya pasal, sanggup langgar suruhan Allah. Sanggup pakai seksi seksi, tayang sini sana, atau selfie gedik-gedik walaupun bertudung, make up tebal-tebal, ataupun banyak post-post yang penuh dengan carutan, troll orang, kutuk dan hina, atau menjadikan agama sebagai bahan lawak.
Persoalannya, bila dah terkenal, dan dapat nama, dah famous, menang anugerah itu dan ini, adakah masalah akan hilang? Adaka kebahgiaan akan hadir?
Kita sanggup kejar awek pakwe, sanggup habiskan masa dating, chatting, calling dan pelbagai "ing-ing" yang lain, berpegang tangan, perhabis duit untuk memuaskan hati si dia. Habis duit, habis masa, habis tenaga, kemudian clash, kecewa, menangis, layan lagu cinta dan drama cinta, menangis lagi, kembali bangkit, cari awek pakwe lain. Menggunakan alasan "apa salahnya couple sebab kami nak kahwin" untuk membenarkan dosa.
Persoalannya, apa yang kita dapat dari semua itu? Adakah masalah akan selesai?
Hmm..
Kawan..
Kejar Allah, kejarlah akhirat, jadikan dunia ni asbab kita dapat syurga di akhirat. Nak buat apa, buatlah. Nak jadi famous, jadi lah. Nak kaya, kaya lah. Tapi, pastikan, semua benda kita nak buat berlandaskan agama, patuh apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
InsyaAllah, kita akan bahgia, bukan sahaja di dunia, tapi AKHIRAT!
Moga Allah baiki hati kita semua insyaAllah.
No comments:
Post a Comment