4
Cara-Cara Belajar Paling Efektif Untuk Diamalkan Dalam Masa 24 Jam
1. Mengatur Masa
Masa amat kritikal
dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda
perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam
mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat
demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.
Jumlah jam yang
diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti
(sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains
ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan
ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.
Anda perlu
imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya
anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja
sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan
gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang
lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.
Untuk pelajar kolej
mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran
bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek tersebut.
Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu
belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).
Ataupun contoh yang
lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6 jam seminggu
untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).
Walaubagaimanapun,
di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah cadangan di atas
mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu menguasai
subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.
2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri
Dapatkan rentak
pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu
anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada
sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada
bahagian yang anda kurang.
Dan sekiranya anda
seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa
yang lebih banyak untuk belajar.
3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Pastikan dalam
jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi (6-7
jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada
prestasi pembelajaran anda.
Hal ini sangat
penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan
anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan
amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!
Satu kajian telah
membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi mempunyai prestasi
yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi ingatakan
dan daya pemikiran.
Namun, jika anda
memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda boleh
mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30 minit) sebelum
mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk mengelakkan
daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda.
Setelah bagun,
lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran. Pengambilan kopi
juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.
4. Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang
Tidak Berkaitan
Jika anda mempunyai
banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa, anda kemungkinan
mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa
belajar.
Oleh itu, anda
sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji. Cuba
selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu
terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.
Tidak pun, anda
boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada komitmen
yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada sebelah petang dan
kemudian belajar pada sebelah malam.
No comments:
Post a Comment